Sunday, September 28, 2008

Kursus Membina Blog

Dengan Kerjasama dan bantuan dari Ketua Cawangan KM4 Cheras (Sdr. Faizul Ali Anui) dan Ketua Cawangan Taman Kobena (Sdri. Zuliatini Md. Joni), satu Kursus Membina Blog telah diadakan pada 21-09-2008 di Kompleks Sukan Bukit Kiara.Kursus ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Selain dari menggalakkan setiap ahli Belia 4B Cheras memiliki blog dan berkongsi dengan masyarakat di luar sana, terdapat pelbagai aspek ditekankan semasa kursus ini. Antaranaya ialah keselamatan dan kesahihan kandungan blog, yang mana amat penting bagi mengelakkan timbulnya isu-isu negatif kelak.

Dapat disaksikan bahawa setiap peserta tidak jemu-jemu bertanya dan berusaha memastikan blog masing-masing kelihatan attractive.
Pada akhir kursus, terdapat juga permintaan supaya ia diadakan sekali lagi supaya terdapat lebih penglibatan peserta dan pendedahan pembinaan blog. Bagi pihak kawasan Cheras, saya akan cuba mengetengahkan permintaan dari semua kepada Pengerusi Kawasan.










No comments: