Sunday, January 11, 2009

Tarikh : 11 Januari 2009 – 15 Februari 2009 (Setiap Sabtu & Ahad)
Hari/Masa: Sabtu (4 petang – 7 ptg) & Ahad (8 pagi- 12 tghr) Tempat: Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan, WP KL (KOMBES)

Bayaran penyertaan: RM80 satu pasukan/RM10 satu pemain

Borang boleh didapati di laman web atau Urusetia AF4B :
Khairul Bin Hashim – 016-3310578
Zuliatini Mohd Joni – 019-6930066
Zainal Ibrahim - 013-3023196


Sebarang pertanyaan juga boleh hubungi pihak penganjur atau di blog Akademi Futsal 4B dengan klik di sini.

Sunday, September 28, 2008

Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim

Satu majlis berbuka puasa telah berlangsung pada 24-09-2008 dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Cheras & Kelab Rakan Muda Cheras, Di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel.

Pelbagai bentuk sumbangan barangan termasuk duit raya berjaya dikumpulkan...daripada...
1) Kelab Prostar
2) DBKL
3) Syarikat swasta serta orang perseorangan..

Terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan...




Kursus Membina Blog

Dengan Kerjasama dan bantuan dari Ketua Cawangan KM4 Cheras (Sdr. Faizul Ali Anui) dan Ketua Cawangan Taman Kobena (Sdri. Zuliatini Md. Joni), satu Kursus Membina Blog telah diadakan pada 21-09-2008 di Kompleks Sukan Bukit Kiara.Kursus ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Selain dari menggalakkan setiap ahli Belia 4B Cheras memiliki blog dan berkongsi dengan masyarakat di luar sana, terdapat pelbagai aspek ditekankan semasa kursus ini. Antaranaya ialah keselamatan dan kesahihan kandungan blog, yang mana amat penting bagi mengelakkan timbulnya isu-isu negatif kelak.

Dapat disaksikan bahawa setiap peserta tidak jemu-jemu bertanya dan berusaha memastikan blog masing-masing kelihatan attractive.
Pada akhir kursus, terdapat juga permintaan supaya ia diadakan sekali lagi supaya terdapat lebih penglibatan peserta dan pendedahan pembinaan blog. Bagi pihak kawasan Cheras, saya akan cuba mengetengahkan permintaan dari semua kepada Pengerusi Kawasan.










Akademi Futsal

Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras mengucapkan syukur kerana Kertas Kerja bagi mengadakan Akademi Futsal telah mendapat kelulusan dari Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Akedemi ini akan berlangsung selama 3 bulan bermula November - Januari 2009. Walau demikian, kerja keras dan penyatuan idea dan tenaga telah dilakukan sejak dari mula.
Maka, baru-baru ini selepas perlantikan Jawatankuasa penaja Belia 4B Kawasan Cheras, Sdr. Khairul Hashim selaku Pengarah Program Akademi Futsal telah melantik jawatankuasa kerja bagi program ini. Berikut adalah gambar-gambar yg diambil semasa perlantikan tersebut:


Pengurus Operasi :Sdr. Faizul


Setiausaha dan Pengurus Kewangan : Sdri. Zuliatini


Pengurus Peralatan: Sdr. Amier


Pengurus Teknikal: Sdr. Zainal/Bedan

Tahniah dan Selamat Berjuang diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana. Semoga program ini dapat dijayakan dengan cemerlang seperti yang diharapkan dan dijanjikan.

Sebagai tanda kesyukuran, satu majlis berbuka puasa telah diadakan sejurus selepas perlantikan. Diharapakan semangat berkongsi dan kerjasama yang dilihat ketika majlis 'makan-makan' tersebut dapat diteruskan digelanggang futsal kelak. Amin.

Lantikan AJK Penaja 4B Kawasan Cheras

Perlantikan Jawatankuasa Penaja dibuat oleh Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras pada 21-09-2008 sejurus selepas aktiviti pertama iaitu - Kursus Membina Bl0g yang diadakana di Kompleks Sukan Bukit Kiara. AJK yang hadir untuk lantikan adalah Sdr. Khairul (Setiausaha Kehormat & Ketua Cwgn Taman Midah), Sdri. Zuliatini (Bendahari & Ketua Cwgn. Taman Kobena), Sdr. Faizul (Ketua Cwgn. KM4 Cheras), Sdr. Zainal (Ketua Cwgn. Taman Segar) dan Sdr. Amier (Ketua Cwgn Pudu).

*Gambar mengikut urutan.