Sunday, September 28, 2008

Akademi Futsal

Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras mengucapkan syukur kerana Kertas Kerja bagi mengadakan Akademi Futsal telah mendapat kelulusan dari Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Akedemi ini akan berlangsung selama 3 bulan bermula November - Januari 2009. Walau demikian, kerja keras dan penyatuan idea dan tenaga telah dilakukan sejak dari mula.
Maka, baru-baru ini selepas perlantikan Jawatankuasa penaja Belia 4B Kawasan Cheras, Sdr. Khairul Hashim selaku Pengarah Program Akademi Futsal telah melantik jawatankuasa kerja bagi program ini. Berikut adalah gambar-gambar yg diambil semasa perlantikan tersebut:


Pengurus Operasi :Sdr. Faizul


Setiausaha dan Pengurus Kewangan : Sdri. Zuliatini


Pengurus Peralatan: Sdr. Amier


Pengurus Teknikal: Sdr. Zainal/Bedan

Tahniah dan Selamat Berjuang diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana. Semoga program ini dapat dijayakan dengan cemerlang seperti yang diharapkan dan dijanjikan.

Sebagai tanda kesyukuran, satu majlis berbuka puasa telah diadakan sejurus selepas perlantikan. Diharapakan semangat berkongsi dan kerjasama yang dilihat ketika majlis 'makan-makan' tersebut dapat diteruskan digelanggang futsal kelak. Amin.

No comments: